Searching...
Monday 7 May 2012
21:42 0

Cip Ultrabook Samsung Series 9 Naik Taraf Ke Ivy Bridge



Ultrabook generasi kedua buatan Samsung, dipanggil sebagai Samsung Series 9 akan dikeluarkan dengan binaan terbaru yang dinaiktaraf. Dalam binaan terbaru itu Samsung Series 9 akan dipasang dengan cip Intel Core generasi ketiga yang dihasilkan dari kejuruteraan Ivy Bridge. Binaan lama ultrabook Samsung ini yang dikeluarkan sekitar bulan Mac-April 2012 dipasang dengan cip Intel Core i5 dihasilkan dari kejuruteraan Sandy Bridge, versi lama sebelum kemunculan Ivy Bridge. Ultrabook Samsung Series 9 dikeluarkan dalam dua saiz berbeza – saiz 13 inci (RM4,197) dan saiz 15 inci (RM4,497). Dengan penambahbaikan pada model cip itu, ultrabook Samsung Series 9 versi terbaru memiliki jangka hayat bateri lebih lama dan grafik yang lebih memukau mata kerana kejelasannya.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...