Searching...
Monday 7 May 2012
01:34 0

BitTorrent Bakal Menjenamakan Diri Kepada Gyre?





Umum sedia maklum yang mana BitTorrent merupakan salah satu syarikat disebalik aplikasi untuk menguruskan dan memuat-turun fail torrent sama ada pada Windows mahupun Mac dan juga Linux. Kini, beberapa petanda memperlihatkan yang mana aplikasi popular tersebut mungkin dijenamakan semula kepada Gyre tidak lama lagi.

Melalui laman   laman TorrentFreak,  mereka mendapati yang mana penggunaan nama Gyre mengantikan BitTorrent di beberapa dokumen rasmi, selain turut digantikan pada tetingkap About pada uTorrent.

Ia masih tidak diketahui bilakah penjenamaan semula akan dilakukan, dan pihak BitTorrent masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan dengannya. Namun, beberapa spekulasi mengatakan mungkin penjenamaan ini adalah untuk mengelakkan diri mereka daripada dijenamakan sebagai hanya penyedia aplikasi Torrent sahaja, disamping perubahaan beberapa laman menggunakan pautan berbentuk *magnet untuk laman mereka, yang memberikan efek untuk penjenamaan semula ini.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...