Searching...
Saturday 26 May 2012
15:28 0

Bersih menerima sokongan penuh rakyat Malaysia walau diserang


KUALA LUMPUR, 26 Mei — Walaupun menerima kecaman daripada pelbagai pihak, Bersih telah menerima sokongan daripada rakyat Malaysia untuk memastikan pemimpinnya selamat.

Menurut Pengerusi Bersama Bersih Datuk Ambiga Sreenavasan, mereka terkesan apabila pemimpin kerajaan gagal mengutuk insiden penjualan burger di luar kediamannya bagi memprotes perhimpunan Bersih 3.0.

“Ini jelas menunjukkan pemikiran rakyat biasa yang meningkat mengenai norma-norma. Namun perkara ini tidak dilihat dalam kalangan pemimpin ... Hanya rakyat biasa yang meletakkan tahap sedemikian,” katanya kepada The Malaysian Insider semalam.



Walaupun kumpulan anti Bersih menawarkan hadiah bernilai jutaan ringgit untuk menarik sokongan mereka, terdapat juga aktiviti online yang pro Bersih bagi melindungi pemerhati pilihan raya tersebut dengan cara simbolik mereka sendiri.

Dalam satu petisyen online “Menyokong  Datuk Ambiga Sreenavasan” dimulakan oleh  “Hope E Wong” pada 14 Mei, telah menyaksikan lebih daripada 11,000 tandatangan daripada bermula 7 petang semalam dan semakin ramai dari semasa ke semasa.

Petisyen berkenaan menggunakan “Causes”, teknik pengumpulan online melalui laman sosial seperti Facebook, mempunyai surat pendek ditujukan kepada Ambiga, dan berterima kasih kepadanya termasuk Bersih “atas apa yang telah kamu lakukan terhadap negara ini”.

Surat tersebut merujuk terus terhadap “protes burger” di hadapan kediamannya di Bukit Damansara oleh peniaga dan bagaimana akhbar Berita Harian mendakwa orang ramai membenci perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.

“Kami di sini merasakan tindakan tersebut adalah keterlaluan. Tindakan menyerang secara peribadi terhadap anda; keluarga dan jiran-jiran tidak seharusnya berlaku.
“Mesej kami - kami berada di belakang anda, Datuk Ambiga,” kata surat tersebut, dan ditandatangani oleh “Rakyat Malaysia”.

Ambiga mengesahkan dengan The Malaysian Insider mengesahkan petisyen berkenaan, yang masih lagi menerima tandatangan, telah di bingkaikan dan diserahkan kepadanya Rabu lalu.

“Setakat jam 1.30 petang pada 23 Mac (Rabu), petisyen itu telah ditandatangani oleh 10,525 individu. Ia dibingkaikan dengan cantik termasuk komen daripada penyokong,” katanya.

Ambiga menambah petisyen itu dimulakan oleh sekumpulan rakyat biasa yang menyokong Bersih dan marah terhadap tindakan yang cuba memusnahkan kumpulan tersebut.

“Saya berjumpa mereka dan mengadakan perbincangan. Dan ini adalah pendorong saya, ia pendorong kepada Bersih.

“Dalam isu intimidasi, ini adalah caranya kami mengumpul kekuatan,” katanya lagi.
Malah, jelas Ambiga, banyak lagi rakyat Malaysia yang prihatin turut memberikan sokongan terhadapnya, keluarga dan perjuangan Bersih menuntut pilihan raya yang adil dan bersih.

“Malah semalam (Khamis) ramai penyokong yang datang ke rumah saya. Orang yang saya tak pernah jumpa sebelum ini menunjukkan sokongan mereka.”

Kediaman Ambiga telah menjadi sasaran protes anti Bersih ekoran perhimpunan Bersih 3.0.
Sejak beberapa minggu lalu, beberapa kumpulan mula mengadakan pelbagai perhimpunan di luar kediaman bekas pengerusi Majlis Peguam tersebut di Bukit Damansara termasuk “protes burger” oleh kumpulan peniaga dan “senaman punggung” oleh pesara tentera.

Khamis lalu, dua kumpulan anti Bersih — “Bersih 4.0” dan “Halau 1.0” — berhimpun di luar kediaman Ambiga menuntut permohonan maaf belaiu atas kerosakan harta benda sewaktu Bersih 3.0.

“Bersih 4.0” juga bercadang mengadakan perhimpunan di Stadium Bukit Jalil pada 23 Jun untuk “menyampaikan mesej aman” dan menolak “Bersih 1.0, 2.0, dan 3.0”, yang mana ditujukan kepada Bersih pada 2007, tahun lepas, dan yang terbaru penghujung April lalu.

Kumpulan itu turut menawarkan hadiah mewah termasuk sebuah kereta Lamborghini dan lima motosikal modenas yang bernilai jutaan ringgit untuk diserahkan kepada penyokong mereka.
“Saya tidak tahu apa yang mereka buat, tapi biar mereka teruskan,” kata Ambiga.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...