Searching...
Monday 28 May 2012
17:22 3

Berita Nih Pasti Buat Najib Tersentak




Najib pasti tersentak sekiranya beliau membaca berita nih. Apa tidaknya, mungkin di syok sendiri imuniti yang dimilikinya di sini laku di negara luar. Dengan kehilangan imuniti ini Najib bakal di panggil ke mahkamah Perancis tidak lama lagi. Hubungan diplomatik kedua-dua buah negara tidak menghalang  Najib sebagai saksi dalam perbicaraan kes ini.

Imuniti tidak halang Najib dibicarakan di Perancis

KUALA LUMPUR 28 Mei - Memiliki imuniti sebagai Perdana Menteri tidak dapat menghalang Datuk Seri Najib Razak daripada dibicarakan di Perancis atas penglibatannya dalam skandal rasuah Scorpene.

Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gabriel berkata, Najib merupakan saksi penting kerana terlibat dalam pembelian kapal selam itu ketika menjadi Menteri Pertahanan pada 2002. “Imuniti bukan sesuatu yang mutlak. Ia bergantung kepada asas jenayah yang dilakukan.

Ia perkara yang sangat subjektif,” katanya pada taklimat kes berkenaan di Ibu Pejabat KEADILAN di Petaling Jaya semalam.

Beliau mengulas soal imuniti Perdana Menteri dan hubungan kedaulatan antara kedua negara yang dikatakan bakal menghalang Najib sebagai saksi di Tribunal Paris Grande de Instance.

Mengulas bidang kuasa Mahkamah Perancis, Cynthia berkata, mahkamah negara itu akan mengeluarkan sapina kepada saksi sebelum mengeluarkan waran tangkap di Kesatuan Eropah.

Beliau berkata, pihaknya percaya Abdul Razak Baginda – kenalan rapat Najib dan pemilik Perimekar Sdn Bhd akan dipanggil sebagai saksi pertama selewat-lewatnya Jun atau Julai ini.

“Berdasarkan siasatan, Abdul Razak akan menjadi saksi utama. Perbicaraan terhadap saksi akan dilakukan di perbicaraan terbuka,” katanya.

Beliau turut menambah, selain komisyen kepada Perimekar sebanyak Euro 114 juta (RM540 juta), Mahkamah Perancis juga mendapati dua penemuan baru.

Ia direkodkan sebagai Doc 87 iaitu tuntutan bayaran yang dibuat Najib bernilai RM3 bilion daripada DCNS- syarikat pembuat kapal selam berkenaan.

Manakala dokumen kedua direkodkan sebagai Doc 97, yang disalurkan kepada Terasasi Sdn Bhd, milik Abdul Razak, di Hong Kong bernilai Euro36 juta (RM114 juta).

3 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...