Searching...
Friday, 25 May 2012
13:16 0

Berbikini Tapi Berpurdah Di Kepala Untuk Hina Islam




KUALA LUMPUR – Ketika umat Islam sedang mengadakan persiapan menjelang sambutan hari kelahiran Rasulullah SAW esok, dunia dikejutkan laporan bahawa sebuah parti politik Belgium melancarkan kempen anti-Islam dan menghina agama Allah itu.
Lebih memburukkan lagi, ketua parti Vlaams Belang yang berhaluan kanan negara itu, Filip Dewinter, telah mempergunakan gambar anaknya, An-Sofie Dewinter, yang berbikini dan memakai purdah di bahagian kepalanya.
Pada poster itu juga ditampal slogan “Kebebasan atau Islam?” di bahagian buah dada gadis itu manakala dibahagian seluar dalamnya pula terdapat gesaan yang membawa maksud, “Kamu pilih!”.
Menurut laman berita antarabangsa, Dailymail.co.uk, poster kempen anti-Islam anjuran Filip itu bertujuan untuk menggesa golongan wanita supaya menolak Islam dan mereka berhak memilih ‘kebebasan’ berbanding agama tersebut.
“Kami mahu mereka (wanita) faham bahawa mereka sebenarnya mempunyai pilihan (untuk tidak memilih Islam,” kata Filip berhubung kempennya itu.
Selain itu, An-Sofie yang sebenarnya dipergunakan bapanya itu menafikan dirinya dipergunakan untuk tujuan kempen tersebut dan menegaskan bahawa dia bangga dengan poster gambarnya itu.
“Saya sendiri yang mencadangkan (poster tersebut)…kempen (melalui poster itu) ini memberikan gambaran jelas mengenai seluruh perasaan untuk isu ini..sebagai wanita, kita mesti memilih sama ada kebebasan atau Islam,” katanya tanpa rasa malu.
Parti Vlaams Belang turut berkempen bagi menghadkan kemasukan imigran beragama Islam ke Belgium dan bimbang dengan pengaruh Islam yang kian mendapat sambutan di negara tersebut.
Difahamkan juga bahawa Filip Dewinter merasakan dirinya sebagai patriot sejati Belgium dan bertanggungjawab bagi memastikan Belgium bebas dari pengaruh Islam.


0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...