Searching...
Wednesday 30 May 2012
04:10 0

Benzema menghargai tunjuk ajar Mourinho

MADRID - Peledak berbisa Real Madrid, Karim Benzema menegaskan, pengurus, Jose Mourinho merupakan watak penting di sebalik kecemerlangannya sebagai antara penyerang terbaik di Eropah ketika ini.

Penyerang berusia 24 tahun itu sebelum ini gagal menyinar pada permulaan musim bersama Real di bawah kendalian Manuel Pellegrini sebaik berhijrah dari Lyon pada 2009.

Namun, Benzema akhirnya membalas kepercayaan Mourinho yang disifatkannya sebagai seorang bapa yang baik.

"Perhubungan kami seperti bapa dan anak.

"Saya masih teringat bagaimana Mourinho menegur saya ketika latihan.

"Beliau memberitahu sentiasa percaya dengan kemampuan saya dan saya perlu membuktikan tanggapan semua orang terhadap saya ketika itu tidak benar," kata Benzema.

Untuk rekod, Mourinho menggantikan Pellegrini yang dipecat pada 2010 selepas membantu Inter Milan muncul juara Serie A dan mendakap trofi Liga Juara-Juara pada musim yang sama.

Malah, Benzema juga mengakui kehidupannya cukup sukar ketika baharu menjejaki Santiago Bernabeu.

"Saya masih terlalu muda dan agak pemalu ketika itu.

"Tekanan yang saya hadapi juga cukup sukar, tambahan pula ramai yang mahu melihat saya berjaya bersama kelab yang hebat seperti Real.

"Kini, saya semakin matang mengendalikan tekanan, segala-galanya ialah disebabkan oleh Mourinho," katanya. - Agensi



0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...