Searching...
Wednesday 23 May 2012
17:08 0

Barisan 10 Peserta Imam Muda Musim Ke 3 Diperkenal

KUALA LUMPUR, 23 MEI 2012: Inilah dia sepuluh wajah kacak lagi diyakini yang akan menyahut cabaran di dalam program realiti pencarian imam generasi baru, Imam Muda musim ke-3 (Imam Muda 3) di Astro Oasis (saluran 106).

Bermula 28 Mei ini pada jam 6.30, penonton setia Astro Oasis akan dapat menyaksikan sepuluh peserta berkenaan berentap untuk empat episod siaran pertama bagi merebut gelaran Imam Muda.

Mereka adalah Muhammad Ramadhan Subky Abdullah,25 dari Kuala Lumpur, Fakhrulrazi Ibrahim, 25 (Pulau Pinang), Omar Mohd Mokhtar, 21 (Pahang), Syed Mohd Faris Syed Roslan, 26 (Perak) dan Mohammad Hafiz Abdul kadir, 27 (Kuala Lumpur).

Diikuti Abdul Jabbar Mohammed Kahar,28 dari Selangor, Megat Mohd Zaid Megat Azmuddin,26 (Perak), Mohammad azri Nami Mohd Kamal, 21 (Johor) dan Abdul Rahman Naufal Mohd Hatta, 21 (Johor).

Selain peserta dari Malaysia, Imam Muda 3 turut menerima penyertaan darupada negara jiran seperti Thailand, Indonesia, Kemboja , Brunei dan senario ini menunjukan program Imam Muda masih relevan dan semakin mendapat perhatian.

Buktinya seorang peserta dari Indonesia, Muhammad Nasir M Yakub Ismail, 26 telah dipilih untuk menghangatkan lagi pertandingan keagamaan ini.

Imam Muda 3 menyaksikan seramai 927 peserta yang hadir dalam sesi ujibakat. Sekali gus mencatatkan peningkatan sebanyak 32 peratus berbanding musim lalu, selain memperkenalkan ujibakat secara online sebagai cara terbaru menyertainya.

Program Imam Muda 3 akan bersiaran setiap Jumaat, jam 9 malam bermula 1 Jun ini. Juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000, manakala naib juara akan membawa pulang RM35,000 dan RM15,000 kepada tempat ketiga.
10 Imam Muda Musim ke 3
Barisan Naqib Imam Muda 3
Mursyid Imam Muda 3 bersama Ketua Naqib dan juga kumpulan UNIC
Ustaz Akhil Hayy dilantik jadi hos Imam Imam Muda 3

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...