Searching...
Sunday, 20 May 2012
22:18 0

Banduan Bina Terowong Bawah Tanah


Mexico – Pasukan penyiasat menemui terowong bawah tanah sepanjang 37 meter yang dibina oleh banduan dalam usaha melarikan diri daripada penjara di Chihuahua.

Menurut jurucakap pendakwaraya, Carlos Gonzalez, terowong yang mempunyai ukur lilit 76 sentimeter itu hampir siap dan hanya memerlukan jarak 4.8 meter untuk sampai ke kawasan gurun.
Gonzalez berkata, pihaknya percaya 250 banduan daripada 1,800 orang yang ditahan di penjara itu mampu melepaskan diri melalui terowong tersebut.

Pembinaan terowong itu, katanya memerlukan masa selama dua hingga dua setengah tahun.
Pihak berkuasa turut menemui senjata AK-47 di dalam terowong berkenaan.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...