Searching...
Monday 14 May 2012
17:15 0

Ashanty & Anang Selesa Duduk Di Rumah Mahu Segera Timang Cahaya Mata

JAKARTA, 14 MEI 2012: Penyanyi dan komposer popular Indonesia, Anang Hermansyah telah selamat dinikahkan bersama penyanyi cantik , Ashanty dengan sekali lafaz pada Sabtu lalu.

Majlis akad nikah telah diadakan di Masjid Albina, Senayan di sini yang turut disaksikan keluarga kedua-dua belah mempelai bagi meraikan majlis penuh bermakna buat bekas suami kepada diva popular, Krisdayanti.

Menurut laporan daripada kapanlagi.com, pasangan mempelai dua sejoli itu bakal diraikan dalam sebuah majlis resepsi yang akan diadakan pada 20 Mei ini.

Laporan itu juga menyebut, bahawa Anang bakal membawa Ashanty untuk bermulan madu ke Mekah bersama-sama keluarga.
Bukan itu saja, Anang juga ternyata tidak sabar untuk menimang cahayamata bersama Ashanty yang turut menjadi permintaan istimewa daripada anak Anang sendiri iaitu Azriel supaya ibu barunya itu dapat melahirkan zuriat secepat mungkin.

Malah permintaan Azriel itu ternyata dipersetujui oleh Ashanty bagi memastikan jalinan rumahtangga antaranya dan Anang akan lebih bahagia dengan kehadiran cahayamata dalam masa terdekat.

"Saya tidak boleh terlalu sibuk bekerja. Selepas bernikah, kalau boleh saya hanya akan bekerja dua kali dalam seminggu kerana saya lebih senang berada di rumah," kata Ashanty yang dipersetujui Anang.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...