Searching...
Monday 7 May 2012
21:16 0

Apple Mahu Hak Ke Atas iPhone5.com




Apple mahu memiliki hak penuh dari segi undang-undang ke atas nama domain iPhone5.com (sebuah forum) bukti Apple tidak mahu pihak lain memanipulasi nama produk yang dikeluarkan oleh mereka walaupun nama itu dibina oleh peminat Apple sendiri. Pihak Apple telah memfailkan permohonan untuk mendapat hak milikan penuh ke atas iPhone5.com kepada pihak World Intellectual Property Organization (WIPO) dan nombor kes memuatkan permohonan legaliti Apple adalah D2012-0951. iPhone 5 adalah nama yang dijangka akan digunakan sebagai nama rasmi kepada model Apple iPhone yang seterusnya dikhabarkan muncul Oktober 2012 nanti, namun ramai peminat Apple sangsi nama iPhone terbaru itu bukanlah iPhone 5 sebaliknya mungkin The New iPhone sepertimana nama rasmi iPad generasi ketiga – The New iPad. Apple sudah tidak mahu menggunakan angka numerik pada produk mereka, sejak kematian Steve Jobs.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...