Searching...
Friday 25 May 2012
18:04 0

Anakonda lahir 30 anak!



MEMBIAK. Sebahagian daripada 30 ekor anak ular Anaconda Kuning yang lahir
pada 3 dan 19 Mei lepas di Taman Ular Sawa di Kuala Pilah.

Ingatkan ianya hanya sebuat cerita, rupanya memang wujud species Anakonda ni. Masih teringat lagi dalam kepala movie Anakonda yang menyeramkan tu. Kini speciesnya ada di Malaysia.


KUALA PILAH – Taman Ular Sawa Hutan Rekreasi Ulu Bendul dekat sini menerima ahli baharu apabila dua ekor ular sawa jenis Anaconda Kuning melahirkan sebanyak 30 ekor anak pada 3 dan 19 Mei lepas. Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan, Ahmad Fadzil Abdul Majid berkata, ibu pertama ular itu melahirkan tiga ekor anak manakala ibu kedua pula sebanyak 27 ekor.

“Ular spesies ini tidak menetaskan telur tetapi melahirkan anak. Anak-anak ular itu berukuran 30 sentimeter dan berat antara 200 hingga 300 gram.

“Kami mengasingkan anak-anak ular ini daripada ibunya dan dikuarantin selama enam bulan. Selepas itu, kami akan lihat perkembangannya sebelum ia dipamerkan,” katanya kepada Bernama di sini semalam.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...