Searching...
Tuesday 22 May 2012
11:43 0

Aksi terakhir Jackie Chan


Selama ini, nama Jackie Chan cukup terkenal sebagai bintang filem aksi yang tiada tandingannya.

Bagaimanapun, aktor yang berasal daripada Hong Kong ini merasakan sudah tiba masanya untuk mengundur diri daripada berlakon filem bergenre tersebut.

Ketika sidang media filem terbarunya, Chinese Zodiac, minggu lalu, Chan mengumumkan itu adalah filem aksi terakhirnya.

“Badan saya sudah penat, saya pun bukannya muda lagi,” kata Jackie yang kini berusia 58 tahun.

Keputusan Chan itu juga berkait rapat dengan prinsipnya yang tidak menyukai keganasan serta keinginan untuk mengejar impian sebagai pelakon sejati.

“Saya sukakan aksi, tetapi saya tidak suka keganasan yang berlaku di sana sini sekarang.

“Selain itu, saya juga mahu menjadi pelakon sejati yang bukan hanya tahu membawakan watak aksi dan komedi,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...