Searching...
Saturday 26 May 2012
13:18 2

Aksi comel sami cilik


KUIL Buddha Jogye di Korea Selatan menyambut ulang tahun kelahiran Buddha pada 28 Mei setiap tahun. Penglibatan sami cilik selama tiga minggu di kuil itu sempena sambutan ulang tahun itu turut memeriahkan suasana kuil tersebut yang terletak di Seoul.

Selain daripada berdoa dan bertafakur, pihak kuil juga menyediakan pelbagai aktiviti kepada kanak-kanak itu sebagai langkah untuk menanam kecintaan mereka kepada Buddha.

Lebih menarik, kuil Jogye mengadakan satu perlawanan bola sepak yang melibatkan sami cilik itu. Aksi, laungan dan sorakan mereka semasa perlawanan bola sepak berlangsung turut menggamatkan suasana persekitaran kuil tersebut.




Sami-sami kecil itu kelihatan gembira dan merasakan seolah-olah jantung dan semangat Buddha berada di dalam diri mereka ketika perlawanan berlangsung.

Dalam tempoh tiga minggu mereka berada di kuil Jogye, anak-anak comel dengan fesyen rambut kepala dicukur habis itu turut dibawa melawat ke Muzium Telekom Korea Selatan dan Taman Tema Everland yang terletak di barat Seoul.

Peratusan populasi penduduk negara tersebut yang memeluk agama Buddha dianggarkan sebanyak lima peratus daripada kira-kira sepuluh juta penduduk Korea Selatan dan sambutan ulang tahun di sambut pada tarikh 8 April setiap tahun dalam Kalendar Lunar.

2 comments:

  1. muda-muda dah didik jadi sami buddha...

    ReplyDelete
  2. sepatutnya kita pun kna tru mcm dorg..kcik2 didik jadi ustaz..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...