Searching...
Wednesday 9 May 2012
19:49 0

Akim Mengamuk Kerana Cemburu Hubungan Stacy & Morgan

KL, 9 MEI 2012: Cerita mengenai bintang Mania di bawah empayer Datuk M Nasir iaitu Stacy dan Morgan dari kumpulan SMASH semakin berlarutan apabila ramai peminat pelantun lagu Kasanova itu berhasrat agar kolaborasi kedua-dua figura itu menjadi kenyataan.

Bagaimanapun, dalam pada menemui jawapan sama ada benar mereka berdua bakal disatukan dalam mana-mana projek, media dapat tahu, Akim yang telah tersingkir dari galaksi Mania telah membuat muka masam tatkala mengetahui berita itu.

Lebih sensasi lagi, apabila ada pihak mendakwa, Akim sangat cemburu setelah mendengar peminat Stacy merestui seandainya Stacy dan Morgan benar-benar bercinta.

Senang cerita, peminat sangat setuju jika mereka ditakdirkan bersatu bukan sekadar pasangan kekasih tetapi berakhir sebagai pasangan suami isteri. Manalah tahukan.

Tambah mengejutkan lagi, media diberitahu, Akim dikatakan telah mengamuk dan marah kepada peminat yang menyatakan cerita Stacy dan Morgan.

Dalam masa yang sama, Akim telah meroyan dengan seorang peminat Stacy apabila peminat berkenaan memanggil Stacy dengan panggilan sayang.

Sama ada benar atau tidak Akim cemburu dan mengamuk terhadap Morgan, kita rasa ada baiknya Akim menjawab sendiri persoalan ini.

Tetapi, terdetik di hati, kenapa mesti Akim mahu cemburu sedangkan sebelum ini baik Akim mahupun Stacy telah menafikan bahawa mereka bercinta.

Apa sekalipun, ada pendapat memberitahu Akim terasa tercabar.

Apa yang penting, kita dapat tahu bahawa, peminat Morgan juga sudah mula mengenali Stacy dengan lebih dekat lagi.

Kalau tidak silap, ada peminat dari Indonesia telah meniru gaya Stacy menari dalam muzik video Kasanova.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...