Searching...
Wednesday 16 May 2012
16:49 0

Aidil Zafuan Tak Jadi Ceraikan Rita

Prosiding mahkamah di antara Aidil Zafuan & Rita Rudaini telah mencapai jalan penyelesaiannya apabila si suami membatalkan tuntutan penceraian yang difailkan Mahkamah Syariah Petaling Jaya, Selangor sekitar awal April yang lalu.

Pada 30 April, Rita Rudaini telah meminta suaminya supaya memberi alasan kukuh sebab-sebab ingin berpisah sebelum diceraikan semasa prosiding di mahkamah yang sama. Mahkamah kemudiannya menetapkan sebutan kes permohonan cerai itu pada hari ini dengan melantik Jawatankuasa Pendamai yang dianggotai seorang wakil keluarga terdekat kedua-dua pihak.

Keputusannya, Aidil Zafuan membatalkan tuntutan penceraian ini setelah yakin bahawa isterinya masih mahu mengekalkan perkahwinan serta ingin bersama beliau.

“Meminta sebab adalah tanda dia (Rita Rudaini) tidak mahu bercerai & saya tarik balik. Saya juga menuntut dia & anak anak untuk berpindah ke rumah saya di USJ 1 sebagai tanda taat & setia kepada suami,” kata Aidil Zafuan.

Selain itu, Aidil Zafuan turut meminta Rita Rudaini agar berpindah ke rumah beliau yang terletak di USJ 1 bersama anak-anak. Beliau memaklumkan bahawa rumah yang disediakan oleh majikan amat selesa untuk diduduki serta sesuai dengan pendapatannya yang diperoleh.
ROTIKAYA

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...