Searching...
Monday 21 May 2012
20:28 0

3 Pendaki Maut Di Everest, Dua Masih Hilang


KATMANDU (Nepal) – Tiga pendaki maut ketika menuruni puncak Gunung Everest manakala dua yang lain dilaporkan masih hilang dalam kejadian Sabtu lalu.

Pegawai Jabatan Pendakian Gunung Everest, Gyanendra Shrestha berkata, mangsa yang terkorban adalah warga Jerman, warga Kanada kelahiran Nepal dan Korea Selatan ketika menuruni gunung pada ketinggian puncak 8,850 meter.

Shrestha berkata, keadaan cuaca yang baik pada pagi Jumaat dan Sabtu bertukar buruk dengan ribut melanda kawasan pergunungan lewat petang, kelmarin.

Shrestha yang ketika ini berada di pangkalan utama Everest masih menunggu maklumat lanjut berhubung perkembangan itu.

Pendaki warga Jerman, Doktor Eberhard Schaaf, 61, dipercayai mengalami masalah bengkak di bahagian otak selepas berada pada kedudukan tinggi.

Sementara itu, identiti pendaki warga Kanada dikenali Shriya Shah manakala pendaki Korea Selatan masih belum dapat disahkan.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...