Searching...
Monday 21 May 2012
20:25 0

3 Orang Dihukum Mati, Makan Daging Manusia


Korea Utara – Tiga orang telah dihukum mati selepas didapati bersalah makan daging manusia di negara yang kini bergelut dengan masalah kebuluran.

Selain makan, mereka juga didapati menjual daging manusia di pasar dengan mendakwa ia adalah daging kambing.

Pendedahan itu dibuat Institut Penyatuan Korea Kebangsaan yang dimiliki oleh Korea Selatan.

Kejadian makan daging manusia itu dilaporkan pada 2011.

Mangsa adalah seorang budak perempuan berusia tiga tahun di Hyesan, Yonhap.

Bagaimanapun sukar bagi media mendapatkan maklumat mengenai kejadian itu memandangkan Korea Utara melakukan sekatan ke atas sebarang maklumat.

Negara komunis tersebut telah lama bergelut dengan masalah kekurangan makanan selepas ia dipinggirkan oleh dunia susulan dakwaan membangunkan senjata nuklear.

Kejadian makan daging manusia ini didedahkan selepas sebuah kumpulan aktivis kemanusiaan mendakwa Korea Utara membuka sebuah kem penjara secara rahsia dengan 200,000 tahanan politik ditempatkan di situ.

Berdasarkan kepada imej satelit dan pendedahan bekas tahanan yang melarikan diri serta bekas pengawal penjara, ada sesetengah keluarga ditahan di situ hanya disebabkan oleh kesalahan jenayah yang dilakukan oleh salah seorang anggota keluarga mereka.

Bagaimanapun Korea Utara menafikan wujud kem seumpama itu.

Negara berkenaan kini ditadbir oleh Kim Jong Un, yang mengambil alih tampuk pemerintahan daripada bapanya, Kim Jung Ill yang meninggal dunia pada bulan Disember tahun lalu

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...