Searching...
Friday 25 May 2012
18:53 2

10 Kelab Bola Sepak Eropah Paling Popular Di Dunia

KELAB bola sepak Eropah memang sangat popular di dunia, siapa yang tidak kenal seperti Real Madrid, Ac Milan dan Kelab Kelab besar lainya mereka menjadi popular kerana permainan yang sangat bagus dan bintang-bintang lapangan hijau yang dimiliki cukup terkenal sehingga Kelab Eropah menjadi Kelab favorite golongan pecinta sepak bola di dunia ini. Berikut adalah 10 Kelab bola sepak Eropah yang paling popular di dunia seperti di petik dari goal.com.

1. Real Madrid
Ditubuhkan pada 6 Mac 1902. Kelab ini juga merupakan salah satu kelab terbaik abad ke-20 menurut FIFA. Mereka telah meraih 31 gelaran La Liga, 18 gelaran Copa del Rey, 8 Piala Super Sepanyol, 9 gelar Piala Champions / Liga Champions UEFA, 2 Piala UEFA, 1 Piala Super Eropah, dan 3 Piala Interkontinental.

2. AC Milan
Ditubuhkan pada tahun 1899. Milan adalah salah satu kelab paling berjaya di Itali, dengan jumlah raihan gelar juara lebih dari 29 tropi dan menjadi terbanyak kedua setelah Juventus (40 tropi domestik). Milan juga menjadi kelab paling berjaya di dunia bersama Boca Juniors, dengan rekod 14 trofi konfederasi (UEFA-Eropah) dan 4 trofi dunia. Milan juga mengenakan bintang tanda bahawa mereka memenangi lebih dari 10 gelar Seri A. Ditambah lagi, Milan juga memakai Lambang Penghargaan UEFA di seragam mereka kerana memenangi lebih daripada lima gelaran Liga Champions.

3. Juventus
Kelab ini ditubuhkan pada 1897. Juventus merupakan kelab paling berjaya dalam sejarah Liga Itali Seri-A dengan raihan 27 gelar juara (Scudetto), dan juga tercatat sebagai salah satu kelab paling berjaya di dunia. Merujuk pada International Federation of Football History and Statistics, sebuah organisasi antarabangsa yang bergabung pada FIFA, Juventus menjadi kelab terbaik Itali pada abad ke-20, dan menjadi kelab terbaik Itali kedua di Eropah.

4. Barcelona
Ditubuhkan pada 1899. Dengan persembahan 21 gelaran Liga Sepanyol, 25 gelaran Copa del Rey, 10 gelaran Piala Super Sepanyol, 4 gelar Liga Champions Eropah, 4 gelaran Piala UEFA, 4 gelaran Piala Super Eropah, FC Barcelona menjadi salah satu pasukan paling berjaya di Sepanyol, Eropah, dan dunia . Bukti yang paling nyata ketika pada tahun 2009 FC Barcelona berjaya menjadi kelab Sepanyol pertama yang berjaya meraih gelar Treble (juara La Liga, Copa del Rey, dan Liga Champions). Dilanjutkan dengan raihan gelar Piala Super Sepanyol, Piala Super Eropah dan FIFA Club World Cup untuk melengkapkan raihan gelarnya menjadi Sextuples. Barcelona merupakan kelab bola sepak pertama di dunia yang melakukan raihan ini

5. MU
Ditubuhkan pada 1878. MU telah memenangi 19 trofi juara Liga Perdana Inggeris (termasuk saat masih disebut Bahagian Satu). 3 Liga Champions Eropah, Piala FA sebanyak 11 kali. Pada 2008, mereka menjadi kelab Inggeris pertama dan kelab Eropah kedua yang berjaya menjadi Juara Dunia Antarklub FIFA.

6. Ajax Amsterdam
Ditubuhkan pada 1900. Kelab ini adalah salah satu kelab terkuat di Belanda dan juga diEropa. Ajax adalah salah satu daripada empat kelab yang telah memenangi ketiga-tiga gelaran utama Eropah sekurang-kurangnya sekali, masing-masing Piala Champions (4 kali), Piala Winners, dan Piala UEFA. Di pertandingan dalam negeri, Ajax 30 kali menjuarai Liga Belanda

7. Inter Milan
Ditubuhkan pada tahun 1908. Inter telah memenangi 18 piala seri A, 7 Copa, 3 Liga Champion, 3 piala dunia antara kelab. Inter menjadi satu-satunya kelab di Seri A yang belum pernah turun ke Seri B.

8. Liverpool
Ditubuhkan pada 1892. Liverpool adalah kelab paling berjaya dalam sejarah persepakbolaan Inggeris yang berpusat di kota Liverpool. Liverpool telah memenangi 5 trofi Liga Champions, 18 gelaran Liga Inggeris, 7 Piala FA, serta, 7 kali juara Piala Liga.

9. Arsenal
Ditubuhkan pada 1886. Selain rekod tak terkalahkannya sebanyak 49 kali menjadi yang terpanjang di Inggeris hingga saat ini, Arsenal juga mempunyai banyak prestasi lain, diantaranya: Liga Inggeris: 13 kali, Piala FA: 10 kali, Piala UEFA: 1 kali.

10. Bayern Munchen
Ditubuhkan pada 1900. Bayern adalah pasukan paling berjaya di sepak bola Jerman. Mereka juga pasukan Jerman yang berjaya dalam pertandingan antarabangsa. 21 piala bundes liga dan 4 liga Champion.

2 comments:

  1. DT datang bertandang,, mane club Chelsea?? famous tuu, hhe.. lawa blog ni,hhe ,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Chelsea xda dlm senarai goal.com.. x famous kot hehe..

      terima kasih kerana datang melawat

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...