Searching...
Friday 27 April 2012
13:48 0

Zakiah Anas Kongsi Pengalaman Cemas



PETALING JAYA – Zakiah Anas merupakan salah seorang wartawan dan penyampai berita TV3 yang paling lama berkhidmat di stesen itu tidak dapat melupakan pengalaman cemasnya sewaktu membuat liputan kebakaran di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Subang pada 1992.

Menurut Zakiah, biarpun liputan berita yang dilakukannya itu berlaku 20 tahun lalu iaitu sewaktu di awal kerjayanya, tetapi sebagai wartawan penyiaran yang telah melalui pelbagai cabaran, dia merasakan tugasan itu adalah antara pengalaman yang sukar untuk dilupakannya sehingga kini.

“Liputan tentang kebakaran di Terminal 1 itu mengejutkan banyak pihak dan ia mendapat liputan meluas media massa ketika itu. Ramai yang hairan bagaimana lapangan terbang yang canggih seperti itu boleh terbakar. Banyak pihak termasuk saya yang menyiasat mencari puncanya.

“Akhirnya, selepas siasatan dijalankan kebakaran itu berpunca daripada masalah litar elektrik di sebuah kedai coklat di kedai bebas cukai di situ. Ketika itu, saya bukan sahaja berdepan dengan suasana cemas dan kelam kabut, masalah turut menghadapi masalah untuk menemubual mangsa.

“Kebanyakan responden yang ingin saya temui terutamanya pihak pengurusan lapangan terbang itu enggan ditemubual. Mungkin mereka takut akan tindakan disiplin daripada pihak pengurusan atasan mereka. Keadaan itu menambahkan lagi kesukaran saya mencari bahan liputan,” katanya.

Zakiah meluahkan pengalamannya itu pada sidang akhbar pada majlis pelancaran rancangan dokmentari terbaru terbitan TV3 yang bertajuk Detik Tragik yang akan ditayangkan sebanyak 13 episod di stesen itu setiap Rabu pukul 9 malam di mana setiap episod durasinya 30 minit.

Rancangan yang diterbitkan oleh Mohd. Said Abdullah Thani itu turut akan menampilkan banyak lagi peristiwa yang pernah menggemparkan negara seperti tragedi letupan kilang mercun Bright Sparklers di Sungai Buloh, Selangor yang meragut 26 nyawa dan mencerderakan 83 yang lainnya

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...