Searching...
Saturday 14 April 2012
20:57 0

Waspada Terhadap Mereka Yang Mengambil Kesempatan Politik


KOTA BELUD: Timbalan Ketua Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak meminta rakyat berwaspada terhadap golongan mereka yang menggunakan kesempatan politik bagi mengaut keuntungan untuk kepentingan diri mereka sendiri.

Beliau berkata dengan kerana itu rakyat seharusnya menyokong usaha transformasi kerajaan Barisan Nasional yang dipimpin oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk kebaikan mereka, negeri dan negara keseluruhannya.

“Berhati-hatilah terhadap mereka yang mengambil kesempatan politik. Mereka ini sanggup mengorbankan asas-asas kepada pembangunan negara sekalipun,” kata Salleh semasa berucap di hari keluarga Persatuan Bekas Tentera Malaysia cawangan Kota Belud di Padang Kota Belud, di sini, Sabtu.

Salleh, yang juga Speaker Dewan Undangan negeri, berkata perbuatan mengadakan tunjuk perasaan dan menukar parti yang memerintah di sesetengah negara tidak juga dapat menyelesaikan masalah ekonomi yang dihadapi oleh orang ramai.

Beliau berkata di Malaysia catatan dan petunjuk ekonomi menggambarkan sesuatu yang positif dengan kerana itu rakyat hendaklah menyokong Najib untuk terus memimpin negara.

Hadir sama di perjumpaan itu ialah Anggota Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Anggota Dewan Undangan negeri kawasan Usukan, Datuk Japlin Akim.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...