Searching...
Monday, 23 April 2012
08:18 0

Van Hangus, Mangsa Rentung


KUALA LUMPUR — Sebuah van jenis Nissan Vanette ditemui hangus terbakar dengan seorang mangsa rentung dalam kejadian di KM 454.3 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran susur keluar Kepong arah utara, malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor Mohd Sani Harul berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 8.19 malam dan tiba lima minit kemudian.

"Apabila pihak bomba tiba, didapati van tersebut sudah berada di bahu jalan dalam keadaan api yang marak dan kita berjaya memadamkan kebakaran itu kira-kira 15 minit.

"Apabila api sudah padam, kelihatan ada seorang mangsa yang telah rentung di tempat duduk pemandu,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Namun, beliau tidak dapat mengesahkan identiti mangsa termasuk jantina berikutan forensik bomba dan polis belum membuat pemeriksaan.

Katanya, siasatan mendapati tiada unsur perlanggaran berlaku dalam kejadian itu.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...