Searching...
Monday 30 April 2012
15:38 0

Ustaz Don Daniyal Sah Menjadi Tunangan Orang !


MENYAHUT seruan ‘Bertunang diam-diamkan, Bernikah perlu dihebah-hebahkan’ , tidak hairanlah jika pertunangan Ustaz yang semakin popular dengan rancangannya 30 Minit bersama Ustaz Don yang semakin mendapat tempat di hati penonton. Walaubagaimanapun, terhidu juga oleh peminat-peminatnya.

Mungkin anda sudah tahu. Mungkin ada yang tidak tahu. Maka, kami kongsikan bersama anda.

Siapakah gadis yang berjaya mencuri hati Ustaz Don Daniyal yang berusia 27 tahun ini. Akan tetapi ramai juga kot yang menyuarakan rasa kecewa bila tahu Ustaz sudah bertunang?

Ustaz Don pun sudah terkena tempias selebriti di mana perkembangannya diambil tahu oleh peminatnya.

Khabarnya tunang Ustaz Don Daniyal Don Biyajid ni bernama Husna Zahry Rafie. Merupakan pelajar perubatan yang sedang belajar dalam jurusan perubatan di Universiti Kaherah, Mesir. Ini sahaja yang kami ada untuk dikongsikan kepada semua semasa majlis pertunangan Ustaz Don dan tunangnya 6 Mac 2011 itu.


Biodata Ustaz Don Daniyal

Nama: Don Daniyal Don Biyajid
Tarikh lahir: 14 November 1984
Tempat lahir: Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Tinggi: 171 sentimeter
Berat: 56 kilogram
Pekerjaan: Pensyarah muda & pendakwah bebas bertauliah di Pulau Pinang dan Selangor
Status: Bujang (bertunang)
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Takhassus Qiraat dari Maahad Qiraat Shoubra, Mesir

Semoga jodoh semakin dekat antara mereka berdua dan bertuahnya bakal isterinya ini. Bakal memiliki seorang suami seperti Ustaz Don. Tunggu bakal isteri habis belajar ya ustaz..

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...