Searching...
Friday 27 April 2012
10:44 0

Ubuntu 12.04 LTS (Precise Pangolin) Dilancarkan Secara Rasminya


Bagi para peminat dan pengguna Ubuntu, hari ini, seperti dinantikan ramai, pihak pembangun Ubuntu bersama-sama dengan Canonical telah pun melancarkan Ubuntu 12.04 LTS (Precise Pangolin) kepada umum, membolehkan para pengguna seluruh dunia memuat-turun dan mula menggunakan versi stabil untuk Ubuntu versi baru ini, dan menggunakan pelbagai perkara baru yang didatangkan bersama dengannya.
Untuk makluman, Ubuntu 12.04 merupakan sistem operasi Ubuntu dengan sokongan jangka panjang, dimana akan disokong selama lebih kurang 5 tahun untuk versi desktop mahupun pelayan. Sekiranya anda tidak gemar untuk mengemaskini sistem operasi anda untuk setiap tahun, mungkin ini adalah salah satu pilihan anda.
Melaluinya, ia menggunakan kernel Linux 3.2, persekitaran desktop GNOME 3.4, serta didatangkan bersama-sama dengan antaramuka Unity padanya. Kini, ia membawakan peningkatan terutamanya pada Unity, membolehkan para pengguna menggunakan desktop dengan mudah, disamping mengawal Unity dengan lebih menyeluruh lagi.
Disamping itu, ia turut membawakan sokongan HUD, untuk akses yang lebih pantas, serta mengantikan menu tradisional yang sering didatangkan pada sistem operasi biasa. Selain daripada itu, Ubuntu 12.04 LTS turut membawakan pelbagai kemaskini untuk sistem operasi mereka, termasuk aplikasi sumber terbuka yang didatangkan bersama-sama dengannya.
Bagi anda yang berminat, anda boleh memuat-turun Ubuntu 12.04 LTS secara terus daripada pelayan Ubuntu, dan mula menggunakannya hari ini.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...