Searching...
Monday 30 April 2012
12:34 0

Tilam Termahal Di Malaysia Rm90,500 Seunit



Tilam Posturepedic Palatial Crest berjenama Sealy yang ditawarkan pada harga
RM90,500 seunit yang diperkenalkan oleh Harvey Norman telah mencatat  sejarah
sebagai tilam termahal di Malaysia.

Pengurus Jualan dan Pemasaran Sealy Asia (Malaysia) Sdn. Bhd. , Derek Yeoh berkata, pihaknya menyasarkan jualan sebanyak 10 unit tilam mewah itu sepanjang Pesta Tilam Berjenama Antarabangsa Malaysia ke-8 yang diadakan di pusat beli-belah Ikano, Power Centre, Mutiara Damansara di sini yang berlangsung sehingga 6 Mei 2012.

Mereka yakin untuk mencapai sasaran tersebut berdasarkan pencapaian dan reputasi Harvey Norman selaku syarikat kelengkapan perhiasan rumah antarabangsa yang sentiasa memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.

Pesta tersebut telah disempurnakan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Heung.





0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...