Searching...
Sunday 22 April 2012
22:44 0

Teng Chang Yeow Pengerusi BN P.Pinang



NIBONG TEBAL – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan Setiausaha Agung Gerakan Teng Chang Yeow sebagai pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang menggantikan Senator Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Beliau berkata lantikan terhadap bekas Exco kerajaan negeri yang juga bekas anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Komtar itu akan berkuat kuasa hari ini.

“Saya umumkan pelantikan Teng Chang Yeow sebagai pengerusi BN Pulau Pinang yang baharu dan beliau akan ambil alih dan memikul tanggungjawab itu mulai hari ini.

“Terima kasih saya ucapkan kepada Pengerusi Gerakan Negeri Datuk Dr Teng Hock Nan kerana faham bahawa inilah realiti politik, walaupun beliau sendiri telah banyak memberi sumbangan dan tenaga kepada parti selama ini,” katanya.

Najib membuat pengumuman itu dalam ucapan pada majlis perjumpaan dengan anggota jentera pilihan raya pusat daerah mengundi (PDM) di Bukit Jawi Golf Resort di sini hari ini. Pada majlis itu, Perdana Menteri turut melancarkan 345 PDM di seluruh Pulau Pinang.

Pada November tahun lepas, Koh yang juga Presiden Gerakan mengumumkan tidak akan bertanding pada pilihan raya umum ke-13 nanti dan dengan itu dirumuskan bahawa beliau pada prinsipnya membuat keputusan untuk melepaskan jawatan sebagai pengerusi BN Pulau Pinang.


0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...