Searching...
Sunday 22 April 2012
22:45 0

Siswa Berdemo Di Dataran ‘Diboo’



KUALA LUMPUR – Sekumpulan mahasiswa dan ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ‘diboo’ mereka yang hadir menyaksikan persembahan kesenian ‘Raja dan Rakyat Berpisah Tiada’ yang dianjurkan sempena sambutan pertabalan Seri Paduka sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 di Dataran Merdeka malam tadi.

Namun tiada insiden yang tidak diingini dalam kejadian tersebut.

Beberapa lelaki yang tidak dikenali juga dilihat menyindir dan menjerit kepada mahasiswa terlibat.

Antaranya ‘balik U belajar lagi baik’, ‘baliklah woi’, ‘budak bodoh’ dan ‘ptptn untuk orang susah’.

Kumpulan siswa berkenaan berkhemah di Dataran Merdeka sejak lebih seminggu lalu dengan mesej tuntutan untuk menghapus pinjaman melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional dan juga tuntutan untuk pendidikan tinggi percuma.

Mereka yang berkhemah bersama aktivis Occupy Dataran bagaimanapun memberi ruang kepada konsert diraja untuk diadakan di Dataran namun kembali berkhemah selepas konsert itu berakhir malam tadi.

Pada 19 April lalu, seorang siswa cedera apabila kumpulan yang berkhemah di Dataran Merdeka itu diserang sekumpulan lelaki yang tidak dikenali.

Kumpulan itu mengepung pelajar di tapak khemah tersebut dan mula mengganggu serta kumpulan siswa berkenaan dalam kejadian bermula kira-kira jam 2.45 pagi.

Bagaimanapun siasatan mengenainya masih dijalankan oleh pihak polis.


0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...