Searching...
Thursday 26 April 2012
13:44 0

Shahrizal Sudah Ada Pengganti Miera Liyana?


KUALA LUMPUR – Aktor muda, Shahrizal Jaszle dikatakan sudah pun mempunyai pengganti teman di sisinya selepas hubungan cinta dengan pelakon muda, Miera Liyana terputus di tengah jalan.

Baru-baru ini, tersebar meluas gambar-gambar Shahrizal dengan seorang gadis kecil molek yang dilihat sangat mesra dengan aktor lelaki itu di laman internet.

Meskipun perihal gadis itu tidak lagi diketahui umum, kemesraan yang ditonjolkan antara mereka berdua sudah cukup membuatkan orang ramai mengesahkan mereka berdua mempunyai hubungan cinta.

Menerusi blog gosip hiburan, gambar-gambar yang dimuat naik menunjukkan gadis muda itu berkulit putih dan lebih kecil dari saiz badan Shahrizal.

Jika benar gadis itu adalah kekasih Shahrizal, didoakan semoga hubungan cintanya kali ini akan berkekalan dan mampu memberi kebahagian kepada dirinya.

Sebelum ini, Shahrizal pernah digosipkan mempunyai hubungan cinta dengan pelakon wanita yang lebih berusia dari dirinya iaitu Maria Farida.

Namun, Shahrizal menafikan dakwaan tersebut sebaliknya, tampil mengakui bercinta dengan Miera Liyana tidak lama selepas gosip cinta dengan Maria Farida.

Bagaimanapun, hubungan yang Shahrizal cuba pertahakan antara dia dengan Miera Liyana tidak berkekalan apabila Miera mengeluarkan kenyataan hubungan mereka retak disebabkan kehadiran pihak ketika.

Shahrizal pula menafikan kenyataan Miera dan menyatakan dirinya difitnah oleh bekas pembantu peribadinya dengan bermotifkan untuk memporak-perandakan hubungannya dengan Miera

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...