Searching...
Thursday 26 April 2012
18:16 0

Saintis Jepun Berjaya Temui Galaksi Paling Jauh

TOKYO – Beberapa ahli astronomi Jepun mengumumkan semalam bahawa mereka telah menemui satu gugusan galaksi sejauh 12.72 bilion tahun cahaya dari Bumi.

Mereka mendakwa gugusan galaksi itu adalah yang paling jauh pernah ditemui setakat ini.



Penemuan gugusan galaksi berkenaan yang dipercayai wujud hampir satu bilion tahun selepas kelahiran alam semesta dibuat dengan menggunakan sebuah teleskop berkuasa tinggi di Pulau Hawaii, Amerika Syarikat.

“Ia menunjukkan gugusan galaksi telah wujud pada peringkat awal kewujudan alam semesta, kurang satu bilion tahun daripada usia cakerawala yang kini mencecah 13.7 bilion tahun,” kata kumpulan ahli astronomi itu dalam satu kenyataan media.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...