Searching...
Friday 13 April 2012
00:33 0

Perjuangan UMNO Kekal Relevan



KOTA BHARU – UMNO sebagai sebuah parti Melayu tetap relevan dalam perjuangan bagi memartabatkan kedaulatan orang Melayu.

Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa’amah berkata, keadaan UMNO itu berbeza dengan Pas yang kini menyimpang jauh daripada prinsip asal sewaktu ia mula ditubuhkan dahulu.

Katanya, Pas sekarang hanya lebih mementingkan kuasa sehingga sanggup mengkafir serta menuduh UMNO sebagai ‘toghut’.

“Sebenarnya, Pas itu yang ‘toghut’, bukan UMNO. Ini kerana mereka menolak UMNO yang sungguh-sungguh memperjuangkan agama dan bangsa, sedangkan Pas terang-terangan bersekutu dengan orang yang menolak dasar perjuangan Islam terutama DAP, malah mereka akur apa saja kata DAP.

“Lihat saja banyak isu-isu terutamanya berkaitan dengan agama seperti sambutan Maulidur Rasul dan isu penggunaan kalimah Allah, Pas seolah-olah menyokong DAP.

“Bekas Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali yang begitu lantang memperjuangkan agama dalam isu akidah boleh dipecat begitu saja,” katanya ketika menyampaikan ceramah di Kampung Belukar, dekat sini semalam.

Katanya, perjuangan Pas untuk menegakkan syiar Islam sebenarnya lebih relevan jika parti itu bersekutu dengan UMNO, bukan DAP.

Beliau berkata, Pas tidak boleh berbangga dengan kedudukannya kerana ia parti tercorot dalam pakatan pembangkang.

“Kalau benar apa yang didakwa bahawa bukan Islam sudah boleh terima kesucian prinsip agama Islam yang dibawa Pas, kenapa tidak cadangkan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng supaya ikut dasar Islam yang diperkenalkan Pas, nak tahu DAP boleh ikut atau tidak,” katanya.

Tambahnya, masa depan orang Melayu akan hancur di tanah air sendiri sekiranya pembangkang menguasai Putrajaya memandangkan sikapnya yang lebih bersifat retorik.

Jesteru, Abdullah menyeru rakyat supaya lebih peka dalam memilih pemimpin pada Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang dengan melihat bukan hanya luaran, sebaliknya dengan siapa Pas bersekutu.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...