Searching...
Monday 30 April 2012
00:07 0

Peranti Prototaip BlackBerry 10 Mula Kelihatan


Dengan berita yang berkenaan dengan BlackBerry yang diperkatakan bakal memperkenalkan peranti BlackBerry 10 mereka seawal bulan Ogos, sebelum memulakan jualan pada bulan Oktober ini kelak, kini gambar untuk peranti mudah-alih mereka yang bakal dilancarkan mula kelihatan, dimana secara kasarnya, kelihatan menyerupai rekabentuk PlayBook.


Ia dikatakan Research In Motion akan memberikan peranti prototaip itu kepada para pembangun yang hadir pada BlackBerry World 2012 di Orlando pada bulan mei ini kelak. Jadi, peranti ini lebih kepada rekabentuk prototaip sahaja, dan mungkin lebih memfokuskan kepada perisian dan sistem operasi yang didatangkan bersama dengannya, berbanding dengan hardware ia tersendiri.

Untuk Research In Motion terus kekal relevan pada pasaran sekarang, platform BlackBerry 10 merupakan salah satu perkara utama, yang dikatakan akan bakal menarik kembali minat pengguna menggunakan platform tersebut. Selain daripada BlackBerry 10, ramai juga yang menantikan aplikasi BBM untuk Android dan iOS yang diura-urakan sejak daripada tahun lepas.





0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...