Searching...
Thursday 19 April 2012
23:00 0

Pelajar Pintar Maut Akibat Anorexia



Britain – Akibat taksub dengan berat badan, seorang pelajar pintar berusia 17 tahun, meninggal dunia selepas empat tahun bergelut dengan penyakit anorexia, dengan berat badannya ketika meninggal dunia hanya 38 kilogram.

Charlotte Seddon, yang juga seorang ketua pelajar di sekolahnya, selama ini menyembunyikan perasaan yang dialaminya mengenai badannya daripada anggota keluarganya.

Namun hanya selepas kematiannya barulah mereka mengetahui apa yang tersirat dalam pemikirannya selepas membaca jurnal miliknya.

Dalam jurnal berkenaan, Charlotte menulis bagaimana dia terperangkap dengan masalah berat badan, senaman, pengiraan kalori dan tekanan.

Malah dia sanggup mengelak untuk makan malam dengan berbohong kepada keluarganya bahawa dia sudah makan, namun hakikatnya gadis itu sanggup tidur dalam keadaan kelaparan.

Bagaimanapun di sebalik kesakitan yang dialaminya itu, Charlotte, yang mempunyai seorang kakak kembar, Abby, merupakan seorang pelajar cemerlang dan mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan.

Dia meninggal dunia akibat kegagalan jantung dan kurang zat selepas empat tahun bergelut dengan anorexia.

Charlotte berdepan dengan masalah kurang keyakinan diri dan menghadapi masalah pemakanan sejak berusia 12 tahun.

Dia pernah mendapat rawatan pakar dan dimasukkan ke dalam pusat rawatan The Priory di Altrincham, Cheshire, namun meninggal dunia beberapa hari selepas itu.

Menurut ibunya, Corrine, 48, anaknya itu bijak menyembunyikan penyakitnya.

Jelasnya, Charlotte merupakan pelajar pintar dan ingin melanjutkan pelajaran di universiti untuk menjadi terapi seni.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...