Searching...
Saturday 21 April 2012
08:03 0

Nokia Lumia 610 Di Malaysia Dalam Beberapa Minggu Lagi


Selain daripada Lumia 710 yang kini menjadi peranti Windows Phone daripada Nokia yang paling murah, kini Lumia 610 bakal diperkenalkan oleh Nokia dalam masa beberapa minggu lagi, membolehkan para pengguna mendapatkan peranti paling murah dan mampu milik daripada keluarga Lumia yang telah dilancarkan pada penghujung Februari yang lepas itu.
Lumia 610 ditujukan khas untuk pengguna muda, dengan pelbagai sokongan sama seperti peranti Windows Phone dari Nokia yang lain, termasuk Nokia Maps, Nokia Drive, Nokia Transport, Nokia Music, dan pelbagai perkara yang lain.
Dari segi spesifikasi, ia membawakan cip pemprosesan 800MHz, memori sebanyak 256MB RAM, kamera 5-megapixel, dan dijana menggunakan Windows Phone Tango padanya.
Memandangkan Nokia menggunakan struktur penghargaan berdasarkan kepada angka peranti mereka, sebelum ini Nokia 600 yang dibatalkan telah disasarkan untuk dijual pada harga RM740. Dan dengan harga peranti pintar yang semakin murah dari hari ke hari, mungkin kita akan dapat melihat Nokia Lumia 610 ditawarkan pada harga lebih murah daripadanya kelak.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...