Searching...
Sunday 22 April 2012
22:48 0

Newcastle Rampas Tangga Keempat Liga



NEWCASTLE melonjak ke tangga keempat Liga Perdana Inggeri selepas menewaskan Stoke 3-0 di laman sendiri, malam tadi untuk memintas Tottenham yang tewas 0-1 kepada QPR di gelanggang lawan, awal pagi tadi.

Yohan Cabaye meledak dua gol (minit ke-14 dan 57) manakala satu lagi gol disumbang Papiss Demba Cisse (18) untuk Newcastle kini mengumpul 62 mata dengan berbaki empat perlawanan manakala pasukan di tangga ketiga, Arsenal mengumpul 65 mata tetapi hanya berbaki tiga perlawanan.

Peluang Newcastle layak ke Liga Juara-Juara musim depan makin cerah apabila Tottenham masih kekal dengan 59 mata selepas tewas kepada QPR menerusi jaringan tunggal Adel Taarabt pada minit ke-24.

Kemenangan itu bagaimanapun cukup penting buat QPR untuk keluar seketika daripada zon penyingkiran dengan naik ke tangga ke-16, tiga mata mengatasi pasukan di tangga ke-18, Blackburn yang turut mencatat kemenangan 2-0 ke atas Norwich.

Bolton pula turun ke tangga ke-19 selepas sekadar seri 1-1 dengan Swansea manakala Wolves kekal di tangga tercorot.

Lain-lain perlawanan malam tadi menyaksikan Arsenal seri 0-0 dengan Chelsea, Aston Villa seri 0-0 dengan Sunderland manakala Fulham menewaskan Wigan 2-1.

Tiga perlawanan bakal berlangsung malam ini – Manchester United bertemu Everton (7.30mlm), Liverpool bertemu West Brom (11mlm) dan Wolves bertemu Manchester City (11mlm).


0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...