Searching...
Friday 27 April 2012
10:41 0

Nestle Malaysia Menawarkan Aplikasi Resipi Masakan Untuk iOS


Untuk para pengguna iOS, terdapat ratusan aplikasi yang menawarkan kemudahan untuk anda mengikuti pelbagai resipi harian. Dan melengkapkannya adalah Nestle Malaysia, melalui aplikasi mereka, dinamakan “Easy Cooking With Nestle“.
Melalui aplikasi mereka yang dikhaskan untuk pengguna iOS itu, ia menawarkan pelbagai resipi untuk para pengguna, membolehkan mereka mengikuti langkah demi langkah dalam menyediakan sesuatu masakan. Menariknya, setiap penerangan disediakan dalam bahasa Malaysia, Inggeris dan juga Mandarin, membolehkan anda membuat pilihan bahasa yang dikehendaki oleh anda.
Sokongan sosial turut disertakan bersama dengannya, memudahkan para pengguna untuk berkongsi sesuatu resipi dengan rakan-rakan yang lain. Dan selain daripada hanya resipi, aplikasi ini turut menawarkan aplikasi khas berbentuk pengira masa, membolehkan anda menetapkannya apabila membuat sesuatu masakan, dan mengetahui bilakah ianya akan siap.
Bagi para pengguna peranti iOS, mungkin anda boleh memuat-turun aplikasi percuma daripada Nestle Malaysia ini, dan mula mempelajari pelbagai resipi baru daripadanya

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...