Searching...
Monday 9 April 2012
10:55 0

Natasha Hudson bertudung



 Selepas melihat beberapa selebriti melakukan penghijrahan, seorang lagi selebriti tanah air telah mengikut jejak langkah sama dengan mula mengenakan hijab atau bertudung.

Pelakon popular, Natasha Hudson telah mengambil keputusan untuk bertudung ketika mengerjakan umrah di Tanah Suci.

Memetik daripada sebuah portal hiburan, Natasha menjelaskan keputusan ini dibuat bukan atas desakan sesiapa tetapi kerana hatinya telah terbuka.

“Memang ramai kawan-kawan yang tidak sangka dengan perubahan saya ini. Begitu juga dengan keluarga. Namun, mereka semua gembira untuk saya dan memberikan sokongan. Bakal suami, Carleed juga gembira dengan imej baru ini.

“Saya akan teruskan karier lakonan dan nyanyian seperti biasa kerana saya tidak menganggap pemakaian hijab sebagai satu masalah besar.

”Kalau Yuna boleh melakukannya, saya juga boleh. Saya percaya perjalanan hidup kita ditentukan oleh Allah," ujar Natasha yang mengharapkan doa peminat agar perubahan ini berkekalan.

Seperti laporan sebelum ini, Natasha bakal menamatkan zaman jandanya bersama penyanyi hip hop, Carleed, pada 15 April ini. Mereka memilih Masjid Wilayah, Kuala Lumpur sebagai lokasi pernikahan dalam majlis akan diadakan sekitar jam 11 pagi.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...