Searching...
Wednesday 18 April 2012
23:37 0

MATTA Fair Di Kedah 10 Hingga 13 Mei



ALOR SETAR – Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) buat julung kalinya akan menganjurkan Matta Fair di Kedah bermula 10 hingga 13 Mei di Village Mall, Sungai Petani.

Pengerusi Matta Kedah, Rohaiza Hamzah berkata program dengan kerjasama Pejabat Tourism Malaysia Kedah itu mensasarkan 15,000 pengunjung menghadiri karnival itu dan membeli pakej-pakej pelancongan yang ditawarkan sepanjang ia berlangsung.

“Kita mensasarkan jumlah jualan sepanjang karnival itu berlangsung sebanyak RM5 juta. Sebanyak 61 gerai pameran akan dibuka iaitu 31 dalam bangunan Village Mall dan selebihnya di bahagian parkir pasar raya itu dengan melibatkan agensi pelancongan meliputi pakej pelancongan dari dalam dan luar negara, industri makanan dan gajet,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Rohaiza berkata, karnival itu bertujuan memberi peluang kepada usahawan-usahawan tempatan mempamer dan menjual produk-produk atau perkhidmatan berbantuk pelancongan.

“Selain itu, karnival itu juga dapat memberi pendedahan kepada penduduk tempatan dan negeri-negeri berhampiran mengetahui tentang aktiviti perusahaan pelancongan yang ditawarkan ejen-ejen pelancongan tempatan,” katanya. Sementara itu, Pengarah Tourism Malaysia Kedah, Roslan Othman berkata pihaknya membuka 10 gerai iaitu pakej percutian di seluruh Malaysia dan juga industri makanan.

“Kita juga akan ketengahkan produk seperti ladang lebah di Perlis, ladang anggur di Sik serta tempat-tempat menarik di Langkawi dan harga yang kita tawarkan adalah harga-harga promosi dengan potongan harga yang menarik,” katanya. 

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...