Searching...
Tuesday 17 April 2012
13:49 0

Mancini belum buat keputusan


IMBAS KEMBALI... Mancini berjabat tangan dengan Tevez sejurus penyerang itu dikeluarkan ketika menentang West Bromwich di Stadium Etihad pada 11 April lalu.


LONDON - Pengurus Manchester City, Roberto Mancini masih belum dapat memberi gambaran jelas sama ada penyerangnya, Carlos Tevez akan kekal bersama kelab itu musim depan.
Sebelum ini, Tevez dan Mancini 'tidak sehaluan' apabila bekas penyerang Manchester United itu dilaporkan enggan mematuhi arahan pengendali Itali tersebut ketika menentang Bayern Munich dalam saingan Liga Juara-Juara pada September lalu.
Rentetan daripada insiden itu, Tevez telah diketepikan oleh Mancini selama enam bulan sebelum membuat penampilan pertamanya ketika menentang Chelsea dalam saingan Liga Perdana England bulan lalu.
Ternyata, kehadiran semula Tevez dalam skuad City memberikan impak yang positif apabila dia berjaya merekodkan empat gol dalam dua perlawanan.
Selain menyumbangkan satu gol ketika menentang West Bromwich pada 11 April lalu, Tevez meledak hatrik ketika membantu City menewaskan Norwich City 6-1 di Carrow Road, Sabtu lalu.
Meskipun Tevez dilihat mula tampil dengan aksi konsisten, Mancini tetap belum boleh memastikan sama ada penyerang antarabangsa Argentina itu akan kekal di Eastlands musim depan.
"Saya tidak tahu. Saya belum lagi mengadakan perbincangan mengenai perkara ini.
"Apa yang lebih penting ketika ini adalah fokus untuk menghadapi baki empat perlawanan liga musim ini.
"Selepas itu nanti, barulah kita boleh berbicara mengenai masa depan pemain," kata Mancini.
Menurutnya, beliau dan pemain-pemain lain sudah tidak ada masalah dengan Tevez dan hubungan mereka kini sudah kembali pulih seperti biasa.
"Tidak ada sebarang masalah antara saya dengan Tevez. Begitu juga hubungan pemain-pemain lain dengan Tevez.
"Apa yang telah berlaku, biarlah ia berlalu. Yang penting, kami fokus untuk menamatkan saingan musim ini," jelas Mancini. - Agensi

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...