Searching...
Friday 13 April 2012
00:11 0

Malaysia, UK Jangka Ganda Perdagangan 2 Hala



PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan rakan sejawatannya dari Britain, David Cameron bersetuju bahawa kedua-dua negara mempunyai potensi untuk menggandakan perdagangan dua hala kepada lapan bilion pound (kira-kira RM39.16 bilion) menjelang 2016.

“(Potensi itu) amat besar dan kedua-dua menteri ekonomi kami bersetuju yang kami harus berusaha menggandakan perdagangan dua hala kami pada tahun 2016.

“Ia satu matlamat yang besar tetapi kita akan berusaha mencapainya,” kata Najib pada sidang akhbar bersama dengan Cameron selepas mesyuarat dua hala mereka di Seri Perdana, Khamis.

Menyifatkan hubungan dua hala Kuala Lumpur-London sebagai sangat penting, Najib berkata ia perlu dipupuk dan dipelihara.

Beliau berkata perbincangan mereka merangkumi lima bahagian penting, iaitu politik dan hubungan diplomatik, perdagangan dan pelaburan, pendidikan dan latihan, sains, teknologi dan alam sekitar serta pertahanan dan keselamatan.

“Secara khususnya bagi hubungan ekonomi dan perniagaan, kami bersetuju bahawa terdapat peluang bagi kami untuk mengukuhkan dan meningkatkan perdagangan dua hala,” katanya.

Ini merupakan lawatan pertama Cameron ke Malaysia sejak dilantik sebagai Perdana Menteri Britain pada Mei 2010.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...