Searching...
Monday 9 April 2012
03:00 0

Lagi Fesyen Artis Di ABPBH 2011

GENTING HIGHLANDS, 8 APRIL 2012: Seperti biasa, rata-rata selebriti menggunakan khidmat pereka fesyen tempatan bagi menyiapkan penampilan masing-masing seperti daripada sentuhan empat pereka fesyen popular Rizman Ruzaini, Hatta Dolmat, Hazwani Osman dan Zerry Zamry.


Seperti biasa juga, perincian mewah seperti batu jemaki berkilauan dan fabrik manik pelbagai warna telah menjadi pilihan untuk menyemarakan penampilan mereka meskipun ada diantara penggunaannya dilihat terlalu berlebih-lebihan.

Ingin lari daripada kebiasaan, ada diantara selebriti yang tampil dengan persalinan yang menggunakan fabrik bulu bagi melempiaskan ritma romantik dan lembut di bawah pancaran cahaya dan di atas laluan karpet merah membara.

Sesuai dengan temanya, Larger Than Life, ada diantara selebriti yang beria-ria dan berani menampilkan persalinan yang ada kalanya tidak masuk akal dan ada diantara rekaan yang nyata memperlihatkan permainan warna anggun lagi berseri.

Antara selebriti yang disifatkan cukup sempurna ialah Dayang Nurfaizah dengan persalinan rekaan Syaiful Baharim, Dafi (Jovian Mandagie) Datuk Sheila Majid (Micheal Ong), Scha Al-Yahya ( Alia Bastamam), Fazura (Rizman Ruzaini).


0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...