Searching...
Friday 13 April 2012
00:05 0

KFC Thailand Digesa Mohon Maaf Pergunakan Amaran Tsunami Untuk Promosi


RESTORAN makanan segera gergasi, KFC telah digesa memohon maaf kerana cuba mempergunakan ketakutan orang ramai akibat dari amaran tsunami untuk menaikkan jualan ayam gorengnya kepada pelanggan-pelanggannya di Thailand.

Dua gegaran berukuran 8 magnitud ke atas telah melanda pantai barat Indonesia, dan mencetuskan ketakutan kepada masyarakat sekitar kepada berulangnya tsunami pada tahun 2004 yang membunuh hampir 230,000 nyawa termasuk 8000 di Thailand.

Namun kali ini, sistem amaran awal telah memberi kesan yang agak baik untuk persiapan menghadapi malapetaka tersebut. 

KFC walaubagaimanapun telah mengambil kesempatan atas kejadian dengan cuba mempromosikan jualannya melalui Facebook pagenya.

"Lekas pulang ke rumah untuk mengikuti berita terkini gempa yang berlaku. Dan jangan lupa untuk memesan menu KFC kegemaran anda untuk di bawa pulang."

Posting tersebut mencetuskan kemarahan kepada pengguna-pengguna Facebook di Thailand.

Mesej itu kemudiannya dipadam dan digantikan posting memohon maaf ke atas mesej awal yang diletakkan sebelum itu. - news.com.au

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...