Searching...
Wednesday 18 April 2012
01:07 0

Ketahui Kepantasan Dan Ketepatan Anda Menaip Dengan Type-Fu

Dengan dunia perkomputeran semakin maju dari hari ke hari, ujian menaip merupakan salah satu kriteria utama oleh organisasi sebelum mengambil seseorang itu bekerja bersama-sama dengan mereka. Terdapat beberapa aplikasi yang membolehkan anda belajar menaip dengan pantas, dan salah satu aplikasi berasaskan web yang kami gemari adalah Type-Fu.





Melalui Type-Fu, ia bukan hanya sekadar menyediakan platform untuk anda belajar menaip dengan tepat dan pantas, malah ia turut sama membolehkan anda mengetahui sepantas mana anda taip, dan berapa masa yang diambil oleh anda untuk menaip sesuatu frasa.


Type-Fu turut sama menyediakan sokongan untuk membina carta, membolehkan anda mengetahui perkembangan anda pada sesuatu sesi. Dan salah satu fungsi menarik yang terdapat pada aplikasi web tersebut yang menarik minat kami adalah kebolehan untuk melihat huruf apa yang sering di salah taip oleh pengguna, sekaligus membolehkan anda memberikan fokus terhadap huruf-huruf tersebut pada masa akan datang.






Jadi, apakah kepantasan anda dalam menaip dan apakah huruf yang sering disalah taip oleh anda?

SILA KE SINI:  Type-Fu.


0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...