Searching...
Wednesday 18 April 2012
23:30 0

Kerajaan Bela Nasib 15,000 Pekerja Estet



KUALA LUMPUR – Nasib kira-kira 15,000 pekerja estet terbela apabila kerajaan hari ini mengumumkan projek saluran air bersih kepada 41 buah estet di seluruh negara.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr. S.Subramaniam berkata, melalui projek tersebut 41 buah estet berkenaan dijangka menikmati bekalan air bersih mulai Jun tahun ini.

“Projek ini dilaksanakan menerusi peruntukan RM50 juta seperti diumumkan pada Belanjawan 2012. Ia bertujuan menjaga kebajikan para pekerja estet,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Penyampaian Cek bernilai RM610,000 kepada 17 badan bukan kerajaan (NGO) di sini.

Subramaniam berkata, projek itu akan menyambungkan sumber bekalan air awam terus kepada tangki air estet yang jaraknya tidak melebihi lima kilometer jauh daripada pintu masuk estet.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...