Searching...
Friday 20 April 2012
04:09 0

Keputusan Kes Khalwat Pelakon Razak Ahmad Diketahui 14 Jun


PETALING JAYA - Selepas hampir tujuh tahun dibicarakan, kes khalwat pelakon Razak Ahmad bakal berakhir apabila Mahkamah Rendah Syariah hari ini memutuskan bahawa keputusan akan diketahui 14 Jun ini.

Razak, 45, yang sinonim dengan watak orang baik-baik dan alim dituduh berkhalwat dengan seorang ahli perniagaan, Selamah Sahudin yang berstatus isteri orang.

Mereka dicekup pada jam 2.15 pagi, 1 April 2006 di sebuah rumah di Apartmen Blok A, Taman Serdang Perdana, Seri Kembangan dekat sini.

Pendakwaan terhadapnya dibuat empat bulan selepas itu iaitu pada 27 Julai 2006.

Razak mengaku tidak bersalah manakala Selamah, 46, mengaku bersalah, lalu diarah membayar denda RM2,850 atau dipenjara tujuh bulan jika gagal.

Selamah juga mengakui kebenaran fakta kes yang menyatakan pintu rumah dan jeriji besi rumah itu dikunci dan apabila dibuka, Selamah dalam keadaan berpakaian lengkap manakala Razak sedang tidur di bilik pertama dengan hanya berseluar jeans. - SH

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...