Searching...
Wednesday 11 April 2012
00:17 0

Kemasukan secara online ke universiti menerusi easyuni.com




KUALA LUMPUR - Pelajar kini boleh memilih sama ada memohon kemasukan ke universiti tempatan atau antarabangsa secara online berikutan pelancaran sebuah portal berhubung pengambilan dan kandungan pengajian tinggi.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata portal easyuni.com menyenaraikan lebih 34,000 kursus dan program dari 362 kolej serta universiti di lebih 20 negara.

"Portal ini menawarkan satu platform komprehensif dalam permohonan ke kolej dan universiti swasta tempatan serta antarabangsa untuk lepasan sekolah dan golongan dewasa yang bekerja.

"Mereka (pemohon) boleh mencari, membanding, menyenarai pendek serta memilih kolej atau universiti mengikut kedudukan dan menghantar permohonan secara percuma," katanya kepada pemberita selepas melancarkan portal pendidikan secara online milik syarikat berstatus MSC, Hescar Sdn Bhd di sini.

Antara universiti yang disenaraikan dalam portal itu Universiti Iskandariah di Mesir, Universiti Tasmania di Australia, Universiti British Columbia di Kanada, Akademi Fesyen Antarabangsa di Perancis (IFA), Universiti Lincoln di New Zealand dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Hescar Edwin Tay berkata portal itu, yang diwujudkan tahun lepas, menerima lebih 9,800 pelajar berdaftar yang berjaya ditempatkan di pelbagai universiti di seluruh dunia.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...