Searching...
Thursday, 26 April 2012
01:02 0

Kawal Penggunaan Bandwith Oleh Anda Dengan Mudah Pada Desktop



Dengan perkhidmatan jalur-lebar yang menetapkan had penggunaan data pada setiap bulan, mungkin anda ingin mengawal penggunaan data dan menguruskannya dengan mudah, supaya tidak terlebih guna dan menjejaskan kelajuan pelayaran anda kelak. Fungsi seperti ini diintegrasikan pada Android Ice Cream Sandwich, dan para pengguna desktop Windows boleh mengetahuinya dengan mudah melalui aplikasi yang dinamakanNetworx.
Selain daripada menguruskan dan memperlihatkan penggunaan data dalam bentuk grafik dan juga angka yang menarik, ia juga turut menyertakan integrasi bunyi dan audio, membolehkan ia mengingatkan anda sekiranya rangkaian tidak dapat diakses, ataupun mempunyai sebarang aktiviti yang tidak diingini, seperti kapasiti muat-turun data yang tinggi dan sebagainya.
Networx juga pada masa yang sama menyertakan beberapa aplikasi ringkas, membolehkan anda mendapatkan maklumat mengenai rangkaian yang anda gunakan, serta menguji dengan mudah seperti Ping dan sebagainya, terus melalui aplikasi tersebut.
Dan menariknya adalah, anda juga boleh menetapkan untuk nyah-aktifkan rangkaian dan sambungan anda kepada internet apabila mencapai sesuatu tahap.
Para pengguna Windows yang berminat, boleh memuat-turun perisian ini, dan mula menggunakannya dalam mengawal penggunaan data anda pada desktop, dan tidak lagi melebihi had penggunaan yang ditetapkan oleh penyedia rangkaian internet.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...