Searching...
Thursday 19 April 2012
23:06 0

Intel Memperlihatkan Hibrid Ultrabook-Tablet Menggunakan Windows 8

Semua sedia maklum akan yang mana Windows 8 kelak akan dioptimasikan sepenuhnya untuk skrin sentuh. Dan mengambil peluang daripada itu, kini Intel memperlihatkan peranti hibrid iaitu yang membawa gabungan antara Ultrabook dan juga tablet, dikenali sebagai Cove Point.




Ia diperkatakan sebagai salah satu evolusi daripada Ultrabook, membolehkan para pengguna mendapatkan dua peranti pada harga yang sama. Secara kasarnya, ia boleh dikatakan membawakan konsep serupa dengan Asus Transformer Prime yang diperkenalkan pada awal tahun ini.

Walaubagaimanapun, berbeza dengan Transformer Prime yang membolehkan para pengguna menanggalkan papan kekuncinya, melalui Cove Point, ia lebih kepada dimana papan kekunci diletakkan dibahagian bawah skrin apabila diubah posisi kepada tablet. Dan sekiranya anda inginkan papan kekunci penuh, anda hanya perlu menolak skrin ke atas, dan menggunakannya sebagai Ultrabook.

Dari segi spesifikasi, ia membawakan skrin seluas 12.5-inci, dan juga didatangkan dengan sokongan port HDMI dan juga slot untuk USB 3.0. Buat masa ini, masih tiada sebarang pengeluar peranti mengumumkan untuk mengeluarkan Cove Point ini, dan mungkin kita akan dapat melihat pengumuman lanjut berkaitan dengannya dalam masa terdekat.


0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...