Searching...
Wednesday 11 April 2012
15:16 0

Insiden Pijak Muka Wanita : Bukan Dira, Mungkin Marsha ?


KUALA LUMPUR – Industri hiburan tanah air dikejutkan tiba-tiba dengan berita seorang pengacara wanita bagi rancangan hiburan gosip terkenal telah memukul seorang pengunjung wanita lain di sebuah kelab malam baru-baru ini.

Ekoran dari kejadian itu, nama pelakon dan pengacara wanita, Dira Abu Zahar dibangkitkan sebagai pengacara tersebut yang telah bertindak memijak muka mangsa dengan kasut tumit tingginya sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital untuk mendapat rawatan segera.

Namun, Dira tampil menafikan pengacara itu adalah dirinya dan tidak mahu mengulas lanjut mengenai isu tersebut memandangkan dia tidak mengunjungi kelab itu.

Bercanggah dengan laporan polis yang telah dibuat oleh mangsa, salinan laporan itu telah tersebar meluas di kalangan blogger blog gosip hiburan apabila memaparkan nama Dira adalah pelaku dalam kejadian itu.

Pun begitu, Dira sekali lagi enggan membuka mulut dan membiarkan sahaja pihak polis melakukan siasatan lanjut.

Dalam pada Dira mendiamkan diri, seorang lagi pelakon dan pengacara wanita dikaitkan pula dalam insiden tersebut.

Terbaru, menerusi laporan sebuah blog hiburan, pengacara wanita bagi rancangan Propaganza, Marsha Milan Londoh pula disebarkan sebagai individu yang bertanggungjawab telah menyerang mangsa itu.

Bagaimanapun, mangsa itu menafikan sekeras-kerasnya Marsha adalah individu yang terlibat mencederakan dirinya dan enggan membuka mulut sehingga waktu yang sesuai tiba.

Tambahan lagi, mangsa akan merungkai segala-galanya selepas siasatan polis selesai dan akan mengambil tindakan lanjut selepas itu.

Mangsa juga turut memohon agar penyebar-penyebar fitnah menghentikan dengan segera cerita tentang diri Marsha yang dikaitkan dalam insiden di kelab malam itu.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...