Searching...
Saturday 28 April 2012
21:34 0

Guru Dan Pelatih Sertai Bersih Akan Dikenakan Tindakan Tegas.. - Puad Zarkashi





BATU PAHAT – Kementerian Pelajaran tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap guru dan guru pelatih terlibat perhimpunan Bersih 3.0 di Dataran Merdeka, hari ini.

Timbalan Menterinya, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, keputusan itu dibuat kerana Bersih 3.0 adalah perhimpunan bermotifkan politik dan dilaksanakan di kawasan tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa.

“Jika penganjur tetap berdegil melaksanakannya di Dataran Merdeka, mereka akan dianggap sebagai kumpulan yang mengadakan aktiviti yang bertentangan­ undang-undang dan guru juga guru pelatih sertainya boleh dikenakan tindakan disiplin.

“Kita juga bimbang perhimpunan yang diadakan di tempat terbuka seperti ini yang menjadi tumpuan awam seperti Dataran Merdeka boleh membawa kepada kekecohan, seterusnya menyebabkan keselamatan­ guru berkenaan tidak terjamin,” katanya ketika menyerahkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di Dewan Jubli Intan, Batu Pahat, semalam. - Sinar 

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...