Searching...
Thursday 12 April 2012
00:27 0

“Gilalah Saya Kalau Abai Anak-Anak”



SEREMBAN – Pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan Abdul Radzak, menegaskan tidak pernah mengabaikan tanggungjawab terhadap dua anaknya hasil perkahwinan dengan pelakon, Rita Rudaini Mokhtar.

Menurutnya, semua keperluan anak-anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 3, dan Airit Rafqa Arjuna, 1, diuruskan dengan baik dan beliau sentiasa bertanyakan khabar mereka dari semasa ke semasa.

“Gilalah kalau tidak mengambil tahu tentang anak-anak. Saya tidak pernah mengabaikan makan minum mahupun susu mereka.

“Saya tidak mahu mengulas panjang mengenai masalah rumahtangga kami berdua. Biarlah kebenaran terhadap perkara ini hanya diketahui oleh saya dan Rita,” katanya di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Rita Rudaini semalam yang mengakui menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada Aidil Zafuan yang memaklumkan telah membuat permohonan untuk bercerai.

Menurut Aidil Zafuan, beliau mempunyai alasan sendiri untuk tidak pulang ke rumahnya di Kuala Lumpur tetapi enggan mengulas lanjut mengenainya kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.

“Saya tidak mahu cakap kerana ia akan memburukkan lagi keadaan,” katanya.

Jelas pemain skuad Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu, beliau tidak pernah menghilang atau melarikan diri daripada menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa.

Mengenai status perkahwinannya, Aidil Zafuan memberitahu, beliau tidak mahu berselindung dan mengakui telah memfailkan tuntutan permohonan bercerai di mahkamah.

“Saya telah membuat tuntutan itu dan saya menyerahkan segala urusan kepada peguam dan sedang menanti perkembangan proses tersebut.

“Saya tidak mahu memburukkan isteri dan tidak mahu masalah ini menjadi kontroversi umum,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap, semua pihak menghormati keputusan yang dibuat dan tidak membuat tohmahan atau menganggu kehidupannya serta Rita Rudaini selepas ini.

Aidil Zafuan, 25, dan dan Rita Rudaini, 36 bernikah secara rahsia di Songkhla, Thailand pada 25 Februari 2008, setelah hubungan mereka tidak mendapat restu daripada keluarga pihak lelaki.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...