Searching...
Wednesday 25 April 2012
12:47 0

Gelatin Daripada Sisa Tulang Kitar Semula?



China – Sebuah syarikat pengeluar gelatin utama di China didakwa menghasilkan gelatin daripada tulang yang diasingkan di pusat kitar semula.

Syarikat Qinghai Gelatin, yang beroperasi di wilayah Qinghai itu selama ini berdepan dengan kekurangan tulang untuk menghasilkan produk tersebut.

Ini kerana lima pembekal utama bahan mentah untuk syarikat berkenaan hanya mampu menyumbang kepada 21.87 peratus sahaja.

Menurut penduduk tempatan, Syarikat Qinghai telah membeli tulang binatang daripada pusat kitar semula dan restoran.

Selain itu, syarikat terbabit juga didakwa membuang sisa air industri secara haram dengan membina saluran paip dan menyalurkannya ke dalam longkang.

Keadaan ini menyebabkan kawasan sekitar menjadi amat busuk.

Syarikat berkenaan menghasilkan 5,000 tan gelatin setiap tahun.

Hampir 70 peratus daripadanya digunakan untuk industri farmasi manakala selebihnya untuk pembuatan makanan.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...